PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN

ANUGERAH - MINUMAN & MAKANAN





AIR ANUGERAH - ( Kod - Lynz anug 0022 )

Air Mineral Semulajadi yang kaya dengan zat dan didoakan 30 juzuk Al-Quran serta ayat-ayat pilihan sebagai penawar dan pencapai hajat hati. Isikan diri anda dengan air anugerah sebagai minuman harian agar mukjizat Al- Quran menjadi darah daging.

Khasiat Air Anugerah yang didoakan:
1) Kebaikan untuk diri sendiri
    - Menjadi penawar kepada beban kesakitan
    - Melawan sebarang penyakit dari dalam
    - Menjadi penyeri diri
    - Memberi tenaga
2) Kebaikan kepada kanak-kanak
    - Terangkan hati
    - Mudah memahami pelajaran
    - Melembutkan hati
    - Menguatkan daya ingatan
3) Kebaikan untuk keluarga
    -  Melindungi dari gangguan makhluk halus
    - Memberi kesejahteraan rumahtangga
4) Kebaikan untuk ibu mengandung
    - Mengurangkan sebarang penyakit ketika hamil
    - Membantu pertumbuhan kandungan
    - Memudahkan bersalin 

     Harga Pasaran : RM 4.50 sebotol
     Harga Lynzbc  : RM 4.00 sebotol
     _____________________________________________



ANUGERAH GAMAT KING - (Kod : Lynz anug 0023 )

Minum Gamat King Anugerah untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka, untuk wanita selepas bersalin, sebagai minuman tenaga, meredakan sakit sendi dan otot serta mengurangkan bengkak akibat digigit oleh serangga. Gamat King Anugerah adalah kombinasi perubatan Islam dan moden. Ianya diformulasikan sebagai minuman kesihatan untuk mereka yang ingin mencari penawar bagi membantu meringankan beban kesakitan dan juga memelihara kesihatan diri agar sentiasa dijauhi sebarang penyakit, Insya-Allah.

Kandungan Gamat King Anugerah:

• Air mineral anugerah
• Ekstrak gamat
• Stem cell

Kaedah penggunaan:

Untuk orang dewasa, ambil 2 sudu besar. Untuk kanak-kanak, ambil 1 sudu besar. Amalkan Gamat King Anugerah setiap pagi & malam

Tertib Penggunaan:
Selawat 3 kali
Baca Surah Al-Fatihah
Baca"La Hawla Wala Quwwata Illa Billah"
Niat kepada Allah untuk mengatasi masalah yang dihadapi. In sya allah.

    Harga Pasaran : RM 48.00
    Harga Lynzbc  : RM 40.00
   _______________________________________




  SUSU KAMBING ANUGERAH - (Kod : Lynz anug 0024 )

Alami kebaikan susu kambing yang kaya dengan kalsium, protein, garam mineral dan sesuai untuk mereka yang alah kepada susu lembu. Susu Kambing Anugerah melengkapkan keperluan nutrisi harian anda dengan kandungan yang senang disediakan dan mudah dihadam.
7 makanan terunggul di dunia diadun bersama dengan ekstrak susu kambing organik:

1.Kismis – membekalkan tenaga segera, meningkatkan daya ingatan dan mengimbangi tahap kolesterol.5.Habbatus sauda – mampu meningkatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan keradangan dan pembentukan sel-sel tumor.
2.Ginkgo Biloba –menajamkan fikiran dan meningkatkan pengaliran oksigen ke otak.6.Gam Arab – mampu menstabilkan kontraksi usus kecil, mengurangkan masalah sembelit dan cirit-birit.
3.Delima – bertindak sebagai anti-oksidan dan melawan radikal bebas di dalam badan.7.Kolagen – bahan aktif untuk awet muda, mengurangkan geseran antara tulang sendi dan menajamkan penglihatan.
4.Biji aprikot – mengandungi vitamin B17 yang mampu merawat dan mencegah kanser.

Dengan menggabungkan kaedah rawatan Islam, Susu Kambing Anugerah sememangnya makanan kesihatan yang lengkap untuk anda.
Ayat-ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.
Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus yang terkandung di dalam Susu Kambing Anugerah ini:

• Bacaan 30 juzuk al-Quran• Surah al-Fatihah
• Surah al-Baqarah• Surah al-Qadr
• Surah as-Saffat• Surah al-Qamar
• Doa-doa terpilih

Nikmati Susu Kambing Anugerah untuk membantu meningkatkan kesihatan zahir dan batin anda, Insha-Allah.

Kaedah penggunaan
Tuangkan serbuk Susu Kambing Anugerah ke dalam cawan kecil. Campurkan dengan air suam. Kacau sehingga larut.

Tertib sebelum minum
Baca selawat 3 kali, kemudian baca surah al-Fatihah, baca La Hawla Wala Quwwata Illa Billah. Akhir sekali niat kepada Allah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Sukatan
Dewasa : satu tiub setiap pagi sebelum sarapan 
Kanak-kanak : setengah tiub setiap pagi sebelum sarapan

     Harga Pasaran : RM 48.00
     Harga Lynzbc   : RM 40.00
     _________________________________________________


KOPI SYAFAKALLAH ANUGERAH - ( Kod : Lynz anug 0025A )
   ( Untuk lelaki )


     
KOPI SYAFAKILLAH ANUGERAH - ( Kod : Lynz anug 0025B )
 ( Untuk wanita ) 

Nikmati kelazatan kopi gunung yang sebenar iaitu Kopi Syafakallah dan Kopi Syafakillah.
Diadun bersama dengan herba-herba terpilih untuk meningkatkan kesihatan lelaki & wanita.

Boleh didapati dalam 2 kotak yang berbeza iaitu :
Kopi Syafakallah untuk lelaki.
Kopi Syafakillah untuk wanita.


Kopi pada asalnya ditemui oleh masyarakat Timur Tengah dan menjadi hidangan penting dalam tamadun Islam, sebelum ianya dipopularkan oleh masyarakat Barat. Kehebatan kopi bukan saja terletak kepada rasa dan aromanya namun nilai perubatan yang tidak diketahui ramai.

Kenikmatan serta khasiat perubatan kopi gunung kini diadunkan dengan herba masyarakat lama dan diperkuatkan dengan kekuasaan 30 juzuk Al-Quran di dalam Kopi Syafakallah Anugerah.'

Elemen-elemen ini merupakan kombinasi penting yang menjadikan Kopi Syafakallah bukan sekadar kopi biasa tetapi sesuatu yang memberi nilai untuk kesihatan. Sesuai bagi lelaki dan wanita yang mencari penawar rohani dan jasmani di dalam kesedapan rasa.


Antara Khasiat Kopi Syafakallah Anugerah ( untuk lelaki )
Khasiat Kopi Gunung untuk membantu meningkatkan kecergasan dan daya tahan penyakit.
Ekstrak Maca mengekalkan tenaga, mengurangkan tekanan dan merangsang pertumbuhan tulang, otot dan gigi yang kuat.
Madu menghilangkan lendir, melegakan batuk, meredakan tekanan dan baik untuk mencantikkan kulit.
Ekstrak Guarana menguatkan sistem pertahanan dengan memerangi radikal bebas dan mengaktifkan sel-sel badan yang rosak.
Antara Khasiat Kopi Syafakillah Anugerah ( untuk wanita )
Khasiat Kopi Gunung untuk membantu meningkatkan kecergasan dan daya tahan penyakit.
Sireh sebagai antiseptik semulajadi yang membunuh kuman yang berbahaya di dalam tubuh, melancarkan sistem peredaran darah serta menyerikan kulit wajah.
Delima membekalkan Fosforus untuk melindungi badan daripada jangkitan pelbagai penyakit.
Madu menghilangkan lendir, melegakan batuk, meredakan tekanan dan baik untuk mencantikkan kulit.

   Harga Pasaran : RM 38.00 
   Harga Lynzbc  : RM 35.00
   ____________________________________________________





MINUMAN WALIT KING ANUGERAH - ( Kod : Lynz anug 0026 )


Tingkatkan kesihatan anda dengan sarang burung walit dari Walit King Anugerah. Tanpa bau hanyir, sedap dan tanpa perlu bayar ratusan ringgit.

Sarang burung walit adalah satu makanan yang mempunyai nilai pemakanan dan manfaat kesihatan yang terbaik. Oleh kerana kos penghasilan yang tinggi serta status halal yang diragui, pengguna agak sukar untuk mencari sarang burung walit yang halal dan selamat.

Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana anda boleh mendapatkan khasiat sarang burung walit yang halal serta mudah dimiliki.

Walit King Anugerah adalah minuman kesihatan yang mengandungi sarang burung walit dan kelapa pandan. Rasanya sedap dan boleh diminum pada bila-bila masa.

Khasiat Walit King Anugerah baik untuk:
  • Perokok yang mahu mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin, menghilangkan batuk dan mencairkan kahak.
  • Wanita yang inginkan kulit yang cantik, berseri dan awet muda.
  • Wanita hamil untuk membantu mengurangkan sakit pada punggung dan dapat mempercepatkan  proses penyembuhan setelah melahirkan anak.
  • Kanak-kanak yang inginkan zat tambahan untuk tumbesaran, meningkatkan selera makan dan mengelakkan demam.
  • Warga emas yang ingin meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan.

Kaedah penggunaan:

Boleh diminum pada bila-bila masa. Sedap diminum ketika sejuk. Habiskan selepas dibuka.

    Harga Pasaran : RM 10.00 
    Harga Lynzbc  : RM 8.00
    ___________________________________________________






  HARUAN KING ANUGERAH - ( Kod : Lynz anug 0027 )

Jika anda berasa sukar untuk minum pati ikan haruan kerana rasa dan baunya yang kurang digemari, kini tidak lagi.
Haruan King Anugerah didatangkan bersama dengan herba-herba tradisional yang mujarab seperti madu, rumpai laut dan kulit kayu manis untuk menghasilkan rasa yang sedap dan tidak berbau hanyir.

Ramuan: Ekstrak ikan haruan, madu, rumpai laut dan serbuk kayu manis.

Manfaat Haruan King Anugerah:
- mencantikkan kulit dan mengurangkan kedutan wajah.
- merawat luka-luka biasa.
- memperbaiki kesihatan rahim selepas melahirkan anak.
- membantu membuang angin dan menambahkan tenaga.
- dibacakan dengan bacaan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa syifa'

Cara guna:
Minum sebotol setiap pagi dan malam. Tidak digalakkan untuk wanita yang mengandung. Haruan King Anugerah adalah minuman persiapan tradisional.
Cara simpan :
Jauhkan dari cahaya matahari. Habiskan/sejukkan setelah dibuka.

    Harga Pasaran : RM 30.00 
    Harga Lynzbc  : RM 25.00
    _____________________________________________


MADU ANUGERAH - ( Kod : Lynz anug 0028 )
 
Keistimewaan & Khasiat Madu Queen Polyflora Anugerah

Madu Queen Anugerah dihasilkan daripada nektar ribuan spesies bunga yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin yang tidak terdapat di dalam madu lain. Selain itu, Madu Queen Anugerah turut mengandungi gula semuladi seperti glukosa, sukrosa dan fruktosa yang diperlukan oleh badan untuk menjana tenaga yang diperlukan.

Bahan aktif eucalyptol yang terkandung di dalam madu ini mampu bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah jangkitan kuman dan kulat. Jadi, anda boleh menyapukan madu ini pada kulit yang bermasalah, selain boleh dinikmati sebagai makanan tambahan.

Kelebihan Madu Queen Anugerah:

• sebagai sumber tenaga segera untuk memenuhi keperluan badan.
• kaya dengan vitamin B1, B2, C, B3, B5, B6, magnesium, kalium, zat besi dan fosfat.
• mempercepatkan proses pemulihan dan menghalang jangkitan kuman dan bakteria.
• membantu menghilangkan lendir dan melegakan batuk yang berpanjangan.
• membantu mengendurkan urat-urat yang tegang yang menyebabkan stres dan kemurungan.
• mencantik, menghalus dan mengawal keanjalan kulit.
• membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
• memastikan keanjalan kulit selepas bersalin.
• didoakan dengan bacaan al-Quran untuk keberkatan. Surah-surah yang dibaca adalah surah al-Fatihah, Surah al-Baqarah, Surah as-Saffat, Surah al-Qadr dan doa-doa pilihan.

     Harga Pasaran : RM 48.00
     Harga Lynzbc  : RM 40.00
     _____________________________________________

 


 KISMIS EMAS ANUGERAH         - ( Kod : Lynz anug 0029A )
 KISMIS ORGANIK ANUGERAH - ( Kod : Lynz anug 0029B )

Berikan anak anda makanan yang berkhasiat untuk pembelajaran mereka dengan Kismis Emas dan Kismis Organik Anugerah.
Ia mengandungi  zat besi, potassium, magnesium, kalsium, vitamin B1, B3 dan B6. Kismis Emas Anugerah telah dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan doa-doa terpilih, menjadikan ianya makanan terbaik untuk kecergasan fizikal, mental, emosi dan rohani anak anda.

Kismis Organik Anugerah dihasilkan secara penanaman organik yang tidak menggunakan baja kimia dan racun perosak. 

Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus yang terkandung di dalam Kismis Anugerah ini:
  • Bacaan 30 juzuk al-Quran
  • Surah al-Fatihah
  • Surah Yaasin
  • Surah Ash-Sharh’ (Surah Al Inshirah)
  • Doa penerang hati
Khasiat memakan kismis:
  • Baik untuk menguatkan hafalan
  • Serat yang tinggi di dalam kismis sangat bermanfaat untuk memperbaiki fungsi sistem pencernaan
  • Melindungi hati
  • Melawan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan gigi reput
  • Membantu menerangkan hati (untuk anak-anak yang degil)
  • Membantu mengurangkan stres
  • Membantu merawat penyakit anemia (penyakit kekurangan sel darah merah)
  • Snek yang lazat dan sering diambil oleh penuntut-penuntut sekolah agama dan pondok
Kaedah pengambilan:

 - Mengadap kiblat
 - Baca Bismillah, Selawat ke atas Nabi sebanyak 3 kali serta doa penerang hati
 - Kemam satu persatu kismis seperti gula-gula antara 7 hingga 21 biji. 
          
           Harga Pasaran : Kismis Emas Anugerah     - RM 18.00
                                  Kismis Organik Anugerah  - RM 20.00
           Harga Lynzbc :  Kismis Emas Anugerah     - RM 16.00
                                  Kismis Organik Anugerah -  RM 18.00 
          _______________________________________________________




    BRAIN BOOSTER ANUGERAH - ( Kod : Lynz anug 0030 )

    Tingkatkan memori, tajamkan minda dan keupayaan mental anda dengan Brain Booster Anugerah.


    Untuk menjaga kesihatan otak, pengambilan makanan dengan kandungan nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, garam mineral dan vitamin yang seimbang adalah penting. Ia boleh mempengaruhi pemprosesan  memori melalui zat-zat dan nutrien-nutrien yang terdapat di dalam makanan.

    Kepentingan diet di dalam kaedah meningkatkan memori semakin signifikan di kalangan ramai kanak-kanak malah golongan dewasa yang terdedah dengan makanan yang kurang berzat dan tidak menyihatkan. Mereka menghadapi masalah mudah lupa, kurang konsentrasi dan kesukaran untuk menaakul sesuatu perkara.

    Ulama-ulama silam telah mengetengahkan isu ini dengan menganjurkan penuntut-penuntut ilmu dan hafiz al-Quran supaya mengambil makanan-makanan yang tertentu untuk meningkatkan daya ingatan. Dengan mengambil makanan yang baik untuk otak, ia bukan sahaja baik untuk perkembangan intelektual, malah menyuburkan rohani dan peribadi yang mulia.

    Brain Booster Anugerah menggabungkan elemen-elemen penting untuk pemakanan sihat.

    Manfaat Brain Booster Anugerah adalah :
    Dibacakan dengan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa sebagai ikhtiar dalam sudut pemakanan Islam. 

    Intipati herba tradisional
    Ekstrak ginkgo biloba dipercayai secara tradisional untuk kesihatan dan kekuatan minda. Pegaga pula sering digunakan oleh nenek moyang masyarakat Asia untuk penajaman minda . 

    Selain itu, sumber choline dan Phosphatidylserine yang ditemui di dalam soya turut membantumeningkatkan kesihatan secara amnya.

          Harga Pasaran : RM 48.00
          Harga Lynzbc  : RM 40.00
          _____________________________________________
        
         


    CERDIK CERDAS ANUGERAH - ( Kod : Lynz anug 0031 )


    Alami kebaikan oat dan 6 makanan terbaik di dunia dengan Minuman Oat Cerdik Cerdas Anugerah.

    Minuman Oat Cerdik Cerdas Anugerah mengandungi ekstrak kurma, ekstrak ginkgo biloba, ekstrak delima, serat plantago ovata, susu kambing dan makanan iodin yang baik untuk perkembangan mental kanak-kanak dan memperbaiki tahap kesihatan.
    Setiap gram oats di dalam minuman ini mengandungi serat larut yang lebih tinggi berbanding gandum, membolehkan anak anda kenyang dan cergas sepanjang hari.
    Ia juga telah didoakan dengan bacaan al-Quran untuk keberkatan. Surah-surah yang dibaca adalah Surah al-Fatihah, Surah al-Isra', Surah Ali Imran, Surah al-Fil, Surah an-Nur dan doa penerang hati.

    Kandungan Minuman Oat Cerdik Cerdas Anugerah:
    • Serat oats • Ekstrak kurma
    • Ekstrak delima • Ekstrak ginkgo biloba
    • Bijirin plantago ovata • Susu kambing
    • Garam iodin
     Isi kandungan : 450 g (15 paket x 30 g)

    Hanya bancuhkan dengan air suam dan kacau sebanyak 7 kali mengikut arah lawan jam.

    Baca Bismillah, berselawat 3 kali, baca Surah Al-Fatihah, kemudian baca 'La Hawla Wala Kuwwata illah Billah" dan berniat sebelum minum.

          Harga Pasaran : RM 48.00
          Harga Lynzbc  : RM 40.00
          _______________________________________





    GARAM BULUH ANUGERAH - ( Kod : Lynz anug 0032 )


    Garam Buluh Anugerah - Khasiat daripada garam yang telah dibakar.

    Garam adalah di antara ramuan yang sering digunakan sebagai penambah rasa di dalam makanan. Garam diambil di dalam kuantiti sedikit mampu menstabilkan tekanan darah dan membantu fungsi sistem saraf dan otot dengan baik. Garam yang diambil di dalam kuantiti yang banyak meningkatkan risiko mendapat strok dan penyakit kardivaskular.  Oleh itu, pengambilan perlu dihadkan kepada 5 gram garam sehari (sumber WHO).
    Namun, garam yang kita ambil sebenarnya tidak mendatangkan faedah kepada kita walaupun diambil di dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam mengandungi bahan peluntur klorin yang berbahaya kepada kesihatan.
    Garam biasa dihasilkan daripada garam laut yang telah diproses dan mengandungi struktur yang lebih halus supaya mudah dicampurkan di dalam masakan. Kebanyakan mineral seperti magnesium, potasssium dan kalsium yang baik untuk tubuh badan telah hilang melalui proses pelunturan.
    Garam laut pula mengandungi banyak mineral tetapi ia perlu diproses dan dibersihkan. Ia juga kurang kandungan sodium yang baik
    Jadi, bagaimana untuk mendapatkan garam yang mengandungi semua khasiat mineral untuk tubuh badan dan tidak berbahaya kepada kesihatan?
    Garam Buluh Anugerah adalah garam buluh yang dibakar sebanyak 9 kali di dalam buluh. Oleh itu ia satu-satunya garam yang bersifat alkali. Selalunya kita mendapat sumber alkali dari sayuran dan buahan, kini dengan Garam Buluh Anugerah anda mampu membekalkan badan dengan sumber alkali sampingan.

    Amalan doa-doa kesihatan dan keberkatan:
    • Surah al-Fatihah
    • Surah Al-Baqarah
    • Surah Al-Isra'
    • Surah Ali Imran
    • Surah Al-Fil
    • Surah An-Nur
    • doa-doa untuk kesihatan

    Cara penggunaan:

    Ambil secubit setiap pagi dan malam. Selawat sebanyak 3 kali, baca surah Al-Fatihah, kemudian baca 'La hawla wala quwwata illa Billah' dan berniat untuk memulihkan masalah kesihatan yang dihadapi sebelum makan. Insya-Allah.

    Isi kandungan: 25 gram

           Harga Pasaran : RM 48.00
           Harga Lynzbc  : RM 40.00
           _________________________________________



    PIL KUNYIT ANUGERAH - ( Kod : Lynz anug 0033 )


    Satu-satunya Rempah Yang Boleh Melindungi dan Menghalang Penyakit Dengan Berkesan.

    Kunyit adalah salah satu rempah yang biasa digunakan terutamanya di dalam masakan dan sebagai jamu. Di dalam perubatan tradisional Melayu, kunyit adalah herba utama yang digunakan di dalam proses merawat kerana mempunyai kesan penyembuhan yang paling mujarab.
    Namun begitu, kunyit yang diekstrak tidak dipiawaikan penggunaannya untuk kegunaan komersial. Sekiranya ia dipiawaikan, ia tidak dipiawaikan dengan cara yang betul.
    Pil Kunyit Anugerah adalah ramuan ekstrak kunyit yang telah diekstrak dan dipiawaikan 100% untuk kesihatan yang optimum.
    Ia juga menggabungkan khasiat teh hijau untuk melengkapkan tindakan menyembuh dan menghalang penyakit.

    Pil Kunyit Anugerah digunakan secara tradisional untuk :
    • melegakan sakit sendi dan otot
    • mengurangkan bengkak akibat kecederaan
    • menguatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit
    • mencantikkan dan menyihatkan kulit
    • membantu mendapatkan bentuk badan yang langsing dan cantik

    - Khasiat kunyit 20 kali lebih baik berbanding kunyit biasa.
    Bahan aktif penyembuh kunyit iaitu curcumin telah diekstrak dan dipiawai 100%, jadi khasiatnya lebih baik berbanding kunyit biasa yang tidak diekstrak.

    - Kadar penyerapan curcumin yang lebih baik di dalam badan.
    Curcumin adalah bahan aktif warna kuning kunyit yang berperanan untuk menyembuh. Kesan penyembuhan akan lebih berkesan kerana anda tidak perlu mengambil banyak dos untuk mendapatkan kesan positifnya.

    - Bersifat menyembuh dan menghalang penyakit
    Gabungan kunyit dan teh hijau sesuai untuk mereka yang sihat yang mahu kesihatan yang optimum dan untuk mengurangkan sakit sendi dan bengkak.

    - Mencantikkan kulit dari dalam.
    Khasiat kunyit yang bersifat antioksidan mampu untuk menjadikan kulit anda dan menjadikan anda awet muda dengan pengamalan yang konsisten.

    - Dibacakan dengan doa-doa pilihan untuk keberkatan
    Anda boleh mendapat manfaat perubatan Islam melalui Pil Kunyit Anugerah yang ditenagakan dengan bacaan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa pilihan.

    Walaupun Pil Kunyit Anugerah ini bermanfaat untuk semua, namun ianya tidak sesuai untuk golongan-golongan ini :
    • wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak.
    • pesakit batu karang
    • pesakit yang mengambil aspirin dan ubat penahan sakit. Mungkin juga bereaksi dengan supplemen yang mengurangkan pembekuan darah seperti gingko biloba, ginseng dan bawang putih.
    • mereka yang akan menjalani pembedahan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan.

    Kandungan:

    Ada 30 biji kapsul dalam setiap botol. Kapsul diperbuat daripada gelatin berasaskan tumbuhan dan halal.

    Cara makan: Boleh ambil 1 biji selepas makan.

    Diluluskan oleh Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM (MAL20002629TC)

          Harga Pasaran : RM 58.00
          Harga Lynzbc  : RM 50.00
          ________________________________________


    PENGGANTI GULA ANUGERAH - ( Kod : Lynz anug 0034 )


    Pengganti Gula diformulasi menggunakan sucralose yang terbukti selamat digunakan untuk menambah rasa manis ke dalam makanan dan minuman tanpa mengganggu tahap kesihatan serta selamat bagi mereka yang ingin mengawal berat badan dan kandungan gula dalam darah.
    Pengganti Gula turut didoakan dengan bacaan 30 juzuk al-Qur’an bersama ayat-ayat syifa’ bagi memohon keberkatan daripada Allah atas ikhtiar yang dilakukan bagi memelihara kesihatan tubuh badan.

    Khasiat Pengganti Gula Anugerah
    • Menjadikan makanan dan minuman lebih enak
    • Membantu mengawal berat badan
    • Membantu mengawal tahap gula dalam darah
    Kandungan Pengganti Gula Anugerah
    • Sucralose: Bahan yang diekstrak daripada tebu ini merupakan pengganti gula yang menambah rasa manis ke dalam makanan dan minuman tanpa menambah kalori atau karbohidrat dan sesuai untuk mereka yang ingin menikmati makanan yang manis tanpa perlu risau akan kenaikan berat mahupun tahap gula dalam badan.
    Cara Penggunaan Pengganti Gula Anugerah
    • Titiskan 1-2 titis Pengganti Gula ke dalam makanan dan minuman anda
    • Setiap botol boleh menghasilkan lebih kurang 250 titis

            Harga Pasaran : RM 68.00
            Harga Lynzbc  : RM 58.00









    No comments:

    Post a Comment