PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN

ANUGERAH - SET BERSALIN

    
  SET BERSALIN ANUGERAH NORMAL
- (Kod : Lynz anug 0010A )

Set Bersalin Anugerah istimewa untuk wanita mengembalikan tenaga, kecantikan, langsing dan menawan serta memulihkan semangat ibu yang baru melahirkan anak.
Set Bersalin Anugerah - Set Normal diperkenalkan agar wanita-wanita moden dapat memulihkan kesihatan dan penampilan selepas bersalin dengan mudah dan selamat. Ia juga boleh dikatakan sebagai langkah permulaan bagi mereka yang percaya dengan kaedah berpantang untuk mencuba keberkesanannya.
Set bersalin Anugerah - Set Normal juga adalah sangat istimewa kerana ia mengabungkan 2 kombinasi penting iaitu dunia perubatan Islam dan perubatan moden.
Setiap ramuan didalam set bersalin Anugerah - Set Normal ini telah didoakan dengan 30 juzuk Al-Quran dan doa-doa pilihan agar ibu dan bayi dibaluti dengan mukjizat qalam Allah.
Selain itu set bersalin Anugerah-Set Normal ini diadunkan dengan herba dan kayu kayan. Diantaranya
ialah kayu serapat, lada pintal, tahi angin, kayu mahsuri, daun salam, tongkat ali putih, daun tanduk rusa, temu kunci, daun lempoyang dan banyak lagi. Ini adalah antara bahan yang membuatkan set Bersalin Anugerah - Set Normal ini sangat penting untuk wanita bersalin.

Set Bersalin Anugerah Normal mengandungi :

  •     Losyen Sejuta khasiat Anugerah – 180 ml
  •     Mandian/ Sauna Herba Anugerah – 6 uncang
  •     Rahsia Ketenangan Ibu Minyak Pilis Anugerah – 30 ml
  •     Minyak Telon Anugerah – 50 ml
  •     Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah – 250 ml
  •     Rahsia Kebersihan Wanita – 100 ml
  •     Minyak Sejuta Wanita - 150 ml
              Harga Pasaran : RM 199.00
              Harga Lynzbc  : RM 180.00
      ____________________________________________




   SET BERSALIN ANUGERAH MEDIUM
   - ( Kod  : Lynz anug 0010B )

Set Bersalin Medium Anugerah adalah keperluan lengkap untuk ibu bersalin dengan gabungan herba-herba tradisional dan perubatan Islam. 

Khasiat Set Bersalin Medium Anugerah
Mendapatkan kembali tubuh badan anda yang ideal.
Memulihkan kesihatan luaran dan dalaman.
Menstabilkan sistem peranakan wanita selepas bersalin.
Mengurangkan kesakitan ketika bersalin.
Mendapat perlindungan dari Allah S.W.T hasil dari keberkatan ayat-ayat suci al-Quran yang telah dibacakan ke dalam produk.
Set Bersalin Medium Anugerah mengandungi:
1 botol Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah 250 ml
1 botol Minyak Telon Anugerah 50 ml
1 botol Minyak Pilis Anugerah 30 ml
Losyen Sejuta Khasiat Anugerah 150 ml
1 botol Minyak Sejuta Rahsia Anugerah 200 ml
1 botol Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah 100 ml
1 botol Minyak Selusuh Anugerah 30 ml
6 uncang Mandian Sauna Herba Anugerah
1 unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu
1 unit bengkung
1 botol Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah 250 ml
- membantu mengecutkan rahim, membuang angin dan toksin serta
  menghilangkan bisa-bisa di dalam badan.
- merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak.
- meningkatkan tenaga dalaman dan melancarkan kembali kitaran haid.
-dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat
  perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
- dihasilkan daripada temulawak, lada pintal, herba kayu serapat dan
   tahi angin.
1 botol Minyak Telon Anugerah 50 ml
- menghangatkan tubuh bayi yang boleh menyebabkan kembung perut,
  angin pasang dan sawan angin, melembab dan melembutkan kulit bayi.
- melindungi bayi dari gigitan nyamuk dan serangga.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya bayi mendapat
   perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
- dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas dan
   limau purut.
1 botol Minyak Pilis Anugerah 30 ml
- didatangkan dalam bentuk minyak supaya mudah meresap ke dalam
   badan dengan aroma yang nyaman dan menenangkan membantu ibu
   menghilangkan sakit kepala, kabur mata dan angin serta melegakan
   sakit otot dan melancarkan pengaliran darah.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat
   perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
- dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara,
   lengkuas, minyak buah pala dan minyak avokado.
Losyen Sejuta Khasiat Anugerah 150 ml
- membantu mengatasi masalah keputihan dan kitaran haid tak menentu.
- membantu mendapatkan semula bentuk badan yang diidamkan
  dan menghilangkan garis-garis hitam (stretch mark) pada kulit.
- tekstur losyen yang lembut, halus dan tidak melekit memudahkan
   penyerapan ke dalam kulit untuk mempercepat proses pemulihan.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu
   mendapat perlindungan dari Allah S.W.T dari gangguan makhluk halus.
- dihasilkan daripada minyak kayu putih, limau purut, serai wangi,
  daun bidara dan minyak avokado.
1 botol Minyak Sejuta Rahsia Anugerah 200 ml
- mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan serta mengurangkan
   sakit sendi, bengkak,senggugut, sakit pinggang dan ‘ular-ular’bagi
   meningkatkan semula tenaga selepas bersalin.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu
   mendapat perlindungan dari Allah S.W.T dari gangguan makhluk halus.
- dihasilkan daripada lengkuas, minyak avokado, halai bara dan serai.
1 botol Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah 100 ml
- digunakan untuk membersihkan faraj dari darah nifas juga untuk
   mengelakkan jangkitan kuman pada luka dan faraj.
- membantu merawat masalah keputihan, menghilangkan bau
  dan gatal-gatal.
- menolong mengetat dan merapatkan otot-otot sekitar faraj
  yang kembang selepas bersalin.
- dihasilkan daripada ekstrak sireh, ekstrak pinang,
   manjakani dan herba serapat.
1 botol Minyak Selusuh Anugerah 30 ml
- membantu memudahkan ibu bersalin di samping meringankan
  kesakitan dan memberikan tenaga segera ketika saat-saat bersalin.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu
   mendapat perlindungan dari Allah S.W.T dan mendapat ketenangan.
- dihasilkan daripada minyak kelapa dara.
6 uncang Mandian Sauna Herba Anugerah
- mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan, mengurangkan
   sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin.
- melancarkan pengaliran darah, menghilangkan masalah keputihan
  dan menghaluskan tekstur kulit.
-dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu
  mendapat perlindungan dari Allah S.W.T dari gangguan makhluk halus.
- dihasilkan daripada temulawak, daun lempoyang, mengkudu
  dan tahi angin.
1 unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu
- membantu melancarkan peredaran darah, melegakan otot dan
   membuang angin dari dalam badan.
- mencantikkan kulit dan menghilangkan gatal-gatal, kudis,
   sakit sendi dan ruam.
- menggunakan batu lava gunung berapi yang berupaya untuk
   menyimpan dan menyebarkan haba dengan baik dan bertahan
   lama berbanding batu biasa.
1 unit bengkung
- diperbuat daripada kain belacu yang tahan lasak, tidak luntur
   warna dan memberikan sokongan
   360darjah pada tubuh ibu selepas bersalin.
- merapatkan kembali tulang pinggul dan pinggung wanita yang baru bersalin.
- mengempiskan perut dan menaikkan bahagian dada, menegangkan kulit
  yang menggeleber, menguatkan otot-otot dan menghalang peranak daripada 'turun'.

    Harga Pasaran : RM 288.00
    Harga Lynzbc  : RM 270.00
   __________________________________________


SET BERSALIN ANUGERAH PREMIUM
- ( Kod : Lynz anug 0010C )
 
Herba-herba tradisional yang diwariskan daripada nenek moyang adalah kaedah terbaik semasa berpantang. Ibu dan bayi mendapat penjagaan rapi untuk mengembalikan tubuh badan kepada sedia kala dan memenuhi keperluan si manja.
Set Bersalin Premium Anugerah adalah keperluan lengkap untuk ibu bersalin dan bayi. Dengan gabungan herba-herba tradisional dan perubatan Islam, ia membantu anda:
  •  mendapatkan kembali tubuh badan anda yang ideal
  •  memulihkan kesihatan luaran dan dalaman
  •  menstabilkan sistem peranakan wanita selepas bersalin
  •  melindungi bayi anda dari perut kembung dan angin pasang
  •  mendapat perlindungan dari Allah S.W.T hasil dari keberkatan ayat-ayat suci al-Quran yang telah  dibacakan ke dalam produk.
Cadangan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk kesihatan, penjagaan diri dan apa-apa hajat yang diingini:
  •  Surah Al-Fatihah
  •  Surah Al-Baqarah
  •  Surah Al-Buruj
  •  Surah Al-‘A’raf
  •  Surah At-Tawbah
  •  Surah Yunus
  •  Surah An-Nahl
  •  Surah Al-‘Isra’
  •  Surah Ash-Shu’ara
  •  Surah Fussilat
  •  Surah Al-‘Ankabut
  •  Asma Husna
 Set Bersalin Premium Anugerah mengandungi:

 1 botol Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah 100 ml
 - mengelakkan jangkitan kuman serta membersihkan pada luka dan
    faraj dari darah nifas.
 - membantu merawat masalah keputihan, menghilangkan bau dan gatal-gatal.
 - menolong mengetat dan merapatkan otot-otot sekitar faraj yang
   kembang selepas bersalin.
 - dihasilkan daripada ekstrak sireh, ekstrak pinang, manjakani
    dan herba serapat.
 1 botol Minyak Telon Anugerah 50 ml      
 - menghangatkan tubuh bayi yang boleh menyebabkan kembung perut,
   angin pasang dan sawan angin,melembab dan melembutkan kulit bayi.
 - melindungi bayi dari gigitan nyamuk dan serangga.
 - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya bayi mendapat
    perlindungan dari Allah S.W.T   daripada gangguan makhluk halus.
 - dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas
   dan limau purut.
 1 botol Minyak Pilis Anugerah 30 ml
 - didatangkan dalam bentuk minyak supaya mudah meresap ke dalam
    badan dengan aroma yang nyaman dan menenangkan membantu ibu
    menghilangkan sakit kepala, kabur mata dan angin serta melegakan
    sakit otot dan melancarkan pengaliran darah.
 - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat
    perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
 - dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara,
    lengkuas, minyak buah pala dan minyak avokado.   
 1 botol Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah 250 ml 
 - membantu mengecutkan rahim, membuang angin dan toksin serta
   menghilangkan bisa-bisa di dalam  badan.
 - merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak.
 - meningkatkan tenaga dalaman dan melancarkan kembali kitaran haid.
 - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat
    perlindungan dari Allah S.W.T  daripada gangguan makhluk halus.
 - dihasilkan daripada temulawak, lada pintal, herba kayu serapat dan
    tahi angin.
 1 botol Minuman Kesihatan Ubat Periuk Anugerah 250 ml
 - mencegah buasir, masalah keputihan dan mencantikkan kulit.
 - melancarkan peredaran darah, menghilangkan bisa-bisa didalam badan
   dan  membantu mengurangkan masalah meroyan atau kemurungan.
 - menyeimbangkan paras gula di dalam darah, meningkatkan tenaga
    dalaman dan melancarkan kembali kitaran haid.
 - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat
    perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
 - dihasilkan daripada tongkat ali putih, daun inai, daun senduduk
    dan hempedu bumi.
 1 botol  Minuman Kesihatan Gamat Manjakani Anugerah 250 ml. 
 - membantu mengembalikan tenaga selepas bersalin dan meningkatkan
    kadar metabolisme tubuh, melancarkan darah dan menstabilkan
    paras gula dlm darah.
 - mengecutkan dan mengetatkan rahim.
 - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat
    perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
 - dihasilkan daripada manjakani, ekstrak gamat dan daun salam.
 Losyen Sejuta Khasiat Anugerah 150 ml 
 - membantu mengatasi masalah keputihan dan kitaran haid yang tak menentu.
 - membantu mendapatkan semula bentuk badan yang diidamkan dan
    menghilangkan garis-garis hitam (stretch mark) pada kulit.
 - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat
    perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
 - dihasilkan daripada minyak kayu putih, limau purut, serai wangi,
    daun bidara dan minyak avokado.
 1 botol Minyak Sejuta Rahsia Anugerah 200 ml      
 - mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan serta mengurangkan
   sakit sendi,bengkak, senggugut, sakit pinggang dan ‘ular-ular’
   bagi meningkatkan semula tenaga.
 - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu
    mendapat perlindungan dari Allah S.W.T  dari gangguan makhluk halus.
 - dihasilkan daripada lengkuas, minyak avokado, halai bara dan serai.
 1 botol Minyak Selusuh Anugerah 30 ml        
 - membantu memudahkan ibu bersalin di samping meringankan
    kesakitan dan memberikan tenaga segera ketika saat-saat bersalin.
 - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat
    perlindungan dari Allah S.W.T dan mendapat ketenangan.
 - dihasilkan daripada minyak kelapa dara.
 6 uncang Mandian Sauna Herba Anugerah
 - mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan, mengurangkan
    sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin.
 - melancarkan pengaliran darah, menghilangkan masalah keputihan
   dan menghaluskan tekstur kulit.
 - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat
    perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
 - dihasilkan daripada temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin. 
 6 uncang Herba Tangas
 - membantu mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.
 - mengecutkan dan mengetatkan rahim.
 - menghindari masalah keputihan dan mengeluarkan toksin daripada badan.
 - dihasilkan daripada halba, serai, daun limau purut dan temukunci.
 2 unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu
 - mencantikkan kulit dan menghilangkan gatal-gatal, kudis, sakit sendi
    dan ruam.
 - menggunakan batu lava gunung berapi yang berupaya untuk
    menyimpan dan menyebarkan haba dengan baik dan bertahan
    lama berbanding tungku biasa.
 - membantu melancarkan peredaran darah, melegakan otot dan
   membuang angin dari dalam badan.
 1 unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk bayi
 - mengatasi masalah kembung perut dan angin pasang.
- cepat melegakan sakit akibat gigitan serangga, bengkak atau cedera
   ringan.
 - menggunakan batu lava gunung berapi yang berupaya untuk
   menyimpan dan menyebarkan haba dengan baik dan bertahan lama
   berbanding tungku biasa.
 1 unit bengkung
 - diperbuat daripada kain belacu yang tahan lasak, tidak luntur warna
   dan memberikan sokongan 360darjah pada tubuh ibu selepas bersalin.
 - merapatkan kembali tulang pinggul dan pinggung wanita yang baru
   bersalin.
 - mengempiskan perut dan menaikkan bahagian dada, menegangkan kulit
   yg menggeleber, menguatkan otot-otot dan menghalang peranak
   daripada 'turun'.
 1 unit barut bayi 
 - diperbuat daripada kain kapas ringan dan tidak memanaskan tubuh bayi.
 - membantu mengelakkan bayi terkena keradangan kulit.
 - mengatasi masalah kembung perut dan angin pasang.

      Harga Pasaran : RM 588.00
      Harga Lynzbc  : RM 520.00
      ______________________________________________


SET BERSALIN ANUGERAH PEMBEDAHAN / CAESAREAN
- ( Kod : Lynz anug 0010D )

     Set Bersalin Pembedahan/Caesarean Anugerah adalah keperluan lengkap untuk ibu bersalin dan bayi.
     Dengan gabungan herba-herba tradisional dan perubatan Islam, ia membantu anda :
      - mendapatkan kembali tubuh badan yang ideal
      - memulihkan kesihatan luaran dan dalaman
      - menstabilkan sistem peranakan wanita dan mengurangkan kesakitan
        selepas bersalin secara pembedahan
      - mendapat perlindungan dari Allah S.W.T hasil dari keberkatan
        ayat-ayat suci Al-Quran yang telah dibacakan kedalam produk.

       Di antara surah-surah yang dibacakan adalah:
        - Surah Al-Fatihah
        - Surah Al-Baqarah
        - Surah Al-Buruj
        - Surah Al-‘A’raf
        - Surah At-Tawbah
        - Surah Yunus
        - Surah An-Nahl
        - Surah Al-‘Isra’
        - Surah Ash-Shu’ara
        - Surah Fussilat
        - Surah Al-‘Ankabut
        - Asma Husna
  •      
 Set bersalin pembedahan / caesarean anugerah mengandungi :
   - 100 ml Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah
    - 50 ml Minyak Telon Anugerah
   - 30 ml Minyak Pilis Anugerah
   - 250 ml Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah
   - 250 ml Minuman Kesihatan Ubat Periuk Anugerah
   - 250 ml Minuman Kesihatan Gamat Manjakani Anugerah
   - 100 ml Gel Gamat Haruan
   - 6 uncang Mandian/Sauna Herba Anugerah
   - 150 ml Losyen Sejuta Khasiat Anugerah
   - 200 ml Minyak Sejuta Rahsia Anugerah
   - 100 ml Gamat King Anugerah

   - 2 unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu
   - 1 unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk bayi
   - 1 unit Barut bayi
    Harga Pasaran : RM 558.00
    Harga Lynzbc  : RM 500.00 
    ______________________________________ 




 
 MINYAK PILIS ANUGERAH - ( Kod : Lynz anug 0011 )


Urat-urat yang kembang perlu dikendurkan selepas bersalin. Sebab itulah wanita yang berpantang akan mengambil pilis untuk melegakan otot, melancarkan peredaran darah dan menghilangkan sakit kepala.

Pilis yang digunakan perlu dicampur dengan air sebelum memakainya. Sekiranya pilis dibiarkan, ia akan kering dan berterabur di atas lantai.

Anda tidak perlu mengalami masalah tersebut dengan Minyak Pilis Anugerah. Minyak Pilis Anugerah dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara, lengkuas, minyak buah pala dan minyak avokado, herba-herba semulajadi yang bermanfaat untuk kesihatan anda. Ia mudah digunakan dan mudah meresap ke dalam badan.

Tiada lagi sakit kepala, kabur mata dan angin. Aromanya yang nyaman menyenangkan anda.

Cadangan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk kesihatan, penjagaan diri dan apa-apa hajat yang diingini:

• Surah Al-Fatihah• Surah Al-Baqarah
• Surah Al-Buruj• Surah Al-‘A’raf
• Surah At-Tawbah• Surah Yunus
• Surah An-Nahl• Surah Al-‘Isra’
• Surah Ash-Shu’ara• Surah Fussilat
• Surah Al-‘Ankabut• dan Asmaul Husna

Kandungan Minyak Pilis Anugerah:

• Minyak kayu putih• Serai
• Cengkih• Halia bara
• Lengkuas• Minyak buah pala
• Minyak avokado

Hanya sapukan pada dahi setiap kali selepas mandi. Anda pasti tenang semasa berpantang dengan Minyak Pilis Anugerah.

       Harga Pasaran : RM 15.00
       Harga Lynzbc  : RM 14.00
     ___________________________________

   

HERBA SAUNA ANUGERAH - ( Kod : Lynz anug 0012 )


Kembali cergas dan menawan selepas bersalin dengan Mandian Sauna Herba Anugerah.

Mengembalikan kecantikan tubuh badan adalah satu kemestian buat ibu-ibu yang bersalin. Angin yang ada di dalam badan perlu dibuang segera untuk mengelakkan meroyan.
Mandian Sauna Herba Anugerah membantu anda mendapatkan bentuk badan yang ideal melalui tindakan haba yang dikenakan semasa anda mandi sauna atau mandi biasa. 
Ia diperkaya dengan herba-herba tradisional seperti temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk mengembalikan kejelitaan wanita yang bersalin. 

Ia juga membantu:
- Mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.
- Membantu mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin.
- Melancarkan pengaliran darah, menghilangkan masalah keputihan dan menghaluskan tekstur kulit.
- Dibacakan dengan doa-doa terpilih.
- Dihasilkan daripada temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin.

Kandungan Mandian Sauna Herba Anugerah:
- Kisaran herba temulawak - menguatkan sendi-sendi, mengeluarkan angin
   untuk menjadikan tubuh badan   segar dan menurunkan berat badan.
- Mengkudu - mengeluarkan toksin, mengatasi masalah keputihan,
  kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan pada faraj.
• Daun lempoyang - memberikan kesegaran dalaman dan luaran
  wanita serta membantu mengeluarkan angin.
• Tahi angin

Kandungan : 6 uncang herba dalam satu kotak

Cara-cara menggunakan Mandian Sauna Herba Anugerah:
Rebus satu uncang herba di dalam air mendidih sehingga mengeluarkan bau herba yang wangi. Kemudian campurkan air mandian herba dengan air biasa semasa hendak mandi. Keringkan uncang yang telah digunakan untuk kegunaan selanjutnya. 1 pek herba boleh digunakan sebanyak 2 kali sahaja.
      Harga Pasaran : RM 48.00
      Harga Lynzbc  : RM 40.00
      ________________________________________

 HERBA TANGAS ANUGERAH - ( Kod : Lynz anug 0013 )
 Herba Tangas Anugerah membantu anda merapatkan kembali saluran sulit dan rahim melalui tindakan haba yang dinamakan bertangas. Ia diperkaya dengan herba-herba tradisional seperti halia, serai, daun limau purut, dan temulawak yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk meningkatkan tahap kesihatan seorang wanita.
Bertangas adalah amat penting bagi kaum wanita dan tidak terhad kepada ibu bersalin sahaja. Ia mampu mengeluarkan peluh dan toksin dari dalam badan sekaligus membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan rahim. Bertangas juga berupaya mengatasi masalah keputihan, faraj yang longgar, kedudukan rahim yang rendah mahupun prolapse.

Khasiat Herba Tangas Anugerah

  • Membantu menyembuhkan luka dan mengecutkan rahim selepas bersalin
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Mencegah risiko sakit puan
  • Membuang angin dalam badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mencegah jangkitan mikroorganisme yang boleh membawa penyakit
  • Membuang toksin dari dalam badan

Kandungan Herba Tangas Anugerah :

Halia:  Ramuan ini adalah antara herba yang berfungsi untuk meningkatkan metabolisme dan membakar kalori. Halia juga terbukti dapat meningkatkan suhu tubuh untuk membantu mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh. Halia juga bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan dan melegakan perut.
Serai:  Serai terbukti berkesan untuk melegakan sakit-sakit pada badan dan cirit-birit. Ia bersifat antibakteria dan antikulat yang membantu mencegah jangkitan bakteria dan kulat pada tubuh badan terutamanya pada bahagian intim wanita. Ramuan semulajadi ini juga mempunyai keupayaan untuk membantu memperbaiki dan melancarkan peredaran darah terutamanya bagi wanita bersalin.
Daun Limau Purut:  Limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix mengandungi asid sitrik semula jadi yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit. Selain membantu mencegah risiko kanser, daun limau purut yang bersifat antiseptik ini juga mampu menggalakkan penyembuhan luka.
Temulawak:  Merupakan sebahagian daripada keluarga halia, Temulawak yang bersifat antibakteria dan antioksida ini berperanan untuk menyahtoksin, mencegah bakteria, mengawal tahap metabolisme dan kolestrol, mengatasi masalah kulit di samping melancarkan sistem pencernaan. Temulawak juga membantu mengatasi bau yang tidak enak pada bahagian intim wanita.

Cara Penggunaan Herba Tangas Anugerah :

- Rebus satu pek Herba Tangas Anugerah di dalam air sehingga mendidih.
- Kemudian, masukkan air rebusan tadi ke dalam baldi kecil.
- Wapkan bahagian badan yang luka selama 20 minit. 
  Gunakan kain selubung seperti kain batik untuk menutup bahagian atas 
  pinggang sehingga ke bawah kaki untuk memastikan wap terkumpul dengan secukupnya.
- Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, bertangas dengan selang 
   2 atau 3 hari sehingga habis tempoh berpantang iaitu 44 hari.
    Harga Pasaran : RM 58.00
    Harga Lynzbc  : RM 50.00 
    _______________________________________

MINYAK SELUSUH ANUGERAH - ( Kod : Lynz anug 0014 )

 Hilangkan penderitaan semasa melahirkan anak dengan Minyak Selusuh Anugerah.

Detik-detik kritikal ketika hendak bersalin adalah pengalaman yang mengerikan buat ibu-ibu. Kesakitan dan keperitan yang ditanggung untuk melahirkan anak tidak dapat dibayangkan lagi. Kalau boleh, biarlah kesakitan itu sekejap sahaja. Malah ada juga ibu-ibu yang takut untuk mengandung lagi kerana terkenangkan pengalaman yang menakutkan itu.
Kini, ibu-ibu yang ingin bersalin tidak perlu menanggung sengsara itu lagi. Minyak Selusuh Anugerah membantu mengurangkan kesakitan yang dialami oleh ibu-ibu yang hendak bersalin.
Ia diperkayakan dengan minyak kelapa dara yang mempunyai kandungan asid laurik yang membantu meningkatkan sistem imun ibu. Ia juga meningkatkan metabolisme vitamin dan mineral yang membolehkan ibu kurang rasa penat, migrain dan komplikasi semasa bersalin. Bayi juga bergerak lancar di dalam rahim dan membantu proses kelahiran dengan mudah.

Ia membantu:
• memudahkan ibu bersalin di samping meringankan kesakitan ketika saat-saat bersalin.
• memberikan tenaga segera ketika hendak bersalin.
• dibacakan dengan doa-doa khusus memudahkan bersalin.
• dihasilkan daripada minyak kelapa dara

Kandungan Minyak Selusuh Anugerah - Minyak kelapa dara.

    Harga Pasaran : RM 28.00
    Harga Lynzbc  : RM 25.00
    ___________________________________

 TUNGKU HERBA BAYI ANUGERAH - ( Kod : Lynz anug 0015 )

Bayi akan kerap menangis akibat kembung perut, angin pasang dan sawan angin. Ini menyebabkan bayi tidak selesa dan tidak dapat tidur. Dengan menuamkan tungku pada perut bayi, ia boleh menenangkan bayi dan melancarkan peredaran darah.
Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah mengandungi batu lava gunung berapi yang boleh menyimpan haba dalam tempoh yang lama, jadi anda tidak perlu menuamnya banyak kali dan dapat memanjangkan jangka hayat penggunaannya.

Ia juga membantu:
• membantu melancarkan peredaran darah, melegakan otot dan membuang angin dari dalam badan.
• menghilangkan gatal-gatal, kudis, sakit sendi dan ruam.
• menggunakan batu lava gunung berapi yang berupaya untuk menyimpan dan menyebarkan haba dengan   baik dan bertahan lama berbanding tungku biasa.
• juga mengandungi herba-herba tradisional seperti ekstrak sireh, daun kantan dan daun pandan.

Kandungan Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk bayi:
• Batu lava gunung berapi
• Ekstrak sirih
• Daun kantan
• Daun pandan

Cara-cara penggunaan Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk bayi adalah seperti berikut:

1. Panaskan bahagian bawah tungku dengan seterika sehingga mencapai kepanasan yang sesuai.
2. Tuam pada perut, dada, lutut, tapak kaki, belakang badan dan bahagian sulit (untuk bayi lelaki sahaja).
3. Tuaman boleh dilakukan setiap kali selepas mandi.Jangka hayat penggunaan Tungku Herba Bayi Anugerah : 1 tahun

Simpan tungku di tempat kering.

     Harga Pasaran : RM 38.00
     Harga Lynzbc  : RM 35.00
     ___________________________________________
 

 

TUNGKU HERBA BATU LAVA ANUGERAH IBU
- (Kod : Lynz anug 0016 )


Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu.

Bertungku baik untuk ibu-ibu bersalin untuk melancarkan peredaran darah, membuang angin dan merawat gatal-gatal, kudis, sakit lutut dan ruam. Tungku perlu dipanaskan melalui kaedah mengewap (stim) lalu dituam ke badan terutama bahagian perut.
Namun tidak semua tungku berupaya menyimpan dan menyebarkan haba dengan baik dalam tempoh masa yang lama.
Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah menyelesaikan masalah itu. Ia mengandungi batu lava gunung berapi yang boleh menyimpan haba dalam tempoh yang lama, jadi anda tidak perlu menuamnya banyak kali dan dapat memanjangkan jangka hayat penggunaannya.

Ia juga membantu:
• membantu melancarkan peredaran darah, melegakan otot dan
   membuang angin dari dalam badan.
• mencantikkan kulit dan menghilangkan gatal-gatal, kudis, sakit sendi
  dan ruam.
• menggunakan batu lava gunung berapi yang berupaya untuk menyimpan
  dan menyebarkan haba dengan baik dan bertahan lama berbanding tungku biasa.
• juga mengandungi herba-herba tradisional seperti kunyit, bonglai putih
  dan serai wangi.

Kandungan Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu:
• Kunyit
• Bonglai putih
• Batu lava gunung berapi
• Serai wangi
• Halia
• Lengkuas
• Limau purut
• Daun pandan
• Sireh
• Daun senduduk
• Daun nilam
• Kayu manis
• Asam jawa

       Harga Pasaran : RM 48.00
       Harga Lynzbc  : RM 45.00
       _______________________________________


BENGKUNG KAIN ANUGERAH - ( Kod : Lynz anug 0017 )


Dapatkan bentuk badan yang langsing setelah bersalin dengan Bengkung Bersalin Anugerah.

Bengkung Bersalin Anugerah diperbuat daripada kain belacu yang tahan lasak, tidak luntur warna serta direka khusus untuk memberikan sokongan 360 darjah kepada badan ibu.
Gunakan secara konsisten untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.

Manfaat Bengkung Bersalin Anugerah:
- mengembalikan bentuk tubuh badan kepada asal setelah bersalin.
- mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada.
- menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.
- menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang.
- menghalang peranakan daripada 'turun'.

Cara Penggunaan*:
1.   Boleh mula dipakai pada hari ke-3 berpantang dengan minimum
      pemakaian selama 8 jam sehari.
2.   Sapukan Losyen Sejuta Khasiat sebelum memakai bengkung untuk
      mendapatkan kesan pelangsingan  badan yang terbaik.
3.   Pastikan anda berada berdiri sebelum memakai bengkung.
4.   Mula balut dari aras pinggul belakang, pastikan setiap balutan
     dan silangan menghala ke arah depan badan, ikat secara biasa tanpa
     terlalu ketat hingga ke bahagian bawah payu dara.
5.  Setelah itu, ikat dengan ketat dan kemas untuk mengelakkan punggung
     dan perut mengalami pengumpulan lemak.
6.   Akhiri ikatan silang dengan menyelitkan kain bengkung di celah-celah
      lipatan yang bersesuaian.
7.   Untuk membuka ikatan bengkung, hanya tarik ikatan terakhir
      yang dimasukkan pada celah lipatan  ikatan.
8.   Sekiranya rasa pening atau hendak pitam, longgarkan atau
      leraikan sedikit ikatan bengkung.
9.   Bengkung boleh dicuci dengan cucian tangan, dibasuh dengan
      pencuci biasa dan dikeringkan melalui tiupan angin.
10. Jangan pakai ketika bengkung basah untuk mengelakkan
      kerengsaan kulit

Kandungan Bengkung Bersalin Anugerah:
• Diperbuat daripada kain belacu

*Untuk maklumat lanjut tentang cara-cara pemakaian bengkung untuk ibu bersalin ini, sila rujuk DVD tutorial yang dilampirkan secara percuma untuk setiap pembelian Set Bersalin Anugerah.

     Harga Pasaran : RM 38.00
     Harga Lynzbc  : RM 36.00
     ______________________________________________

BARUT BAYI ANUGERAH - ( Kod : Lynz anug 0018 )


Biarkan bayi anda tidur dengan lena dan selesa dengan Barut Bayi Anugerah.


Barut bayi Anugerah diperbuat daripada kain kapas yang ringan dan tidak panas untuk memberikan keselesaan kepada bayi anda.

Manfaat Barut Bayi Anugerah:
- mengelakkan bayi dari terkena radang kulit, perut kembung dan angin pasang.
- memudahkan bayi tidur lena.

Cara Penggunaan: 
- Boleh diguna selepas hari kelahiran bayi.
- Sapu Minyak Telon Anugerah terlebih dahulu sebelum memakaikan barut pada bayi.

Kandungan Barut Bayi Anugerah:
• Diperbuat daripada kain belacu

      Harga Pasaran : RM 28.00
      Harga Lynzbc  : RM 26.00
      _____________________________________



MINUMAN KESIHATAN UBAT PERIUK
 - ( Kod : Lynz aug 0019 )


Kembali sihat selepas berpantang dengan Minuman Kesihatan Ubat Periuk Anugerah.

Wanita yang bersalin sering terdedah dengan simptom meroyan dan kemurungan. Perubahan fizikal selepas bersalin juga mempengaruhi tahap kesihatan diri yang memerlukan penjagaan dan kawalan dengan pengambilan makanan tambahan yang berkhasiat.
Minuman Kesihatan Ubat Periuk Anugerah mengandungi herba-herba tradisional seperti tongkat ali putih, daun inai, daun senduduk dan hempedu bumi yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk mengembalikan kesihatan wanita yang bersalin.
Ia membantu:
• mencegah buasir, masalah keputihan dan menaikkan seri muka.
• melancarkan peredaran darah, menghilangkan bisa-bisa di dalam badan dan membantu mengurangkan masalah meroyan atau kemurungan.
• menyeimbangkan paras gula di dalam darah, meningkatkan tenaga dalaman dan melancarkan kembali kitaran haid.
• memastikan keanjalan kulit selepas bersalin.
Kandungan Minuman Kesihatan Ubat Periuk Anugerah:
• Tongkat ali putih
• Daun inai
• Daun senduduk
• Hempedu bumi

    Harga Pasaran : RM 58.00
    Harga Lynzbc  : RM 50.00
    _______________________________________


MINUMAN KESIHATAN UBAT BIJIAN
- (Kod : Lynz anug 0020 )


Kembali cantik dan menawan selepas bersalin dengan Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah.

Mengembalikan kecantikan tubuh badan luaran dan dalaman adalah satu kemestian buat ibu-ibu yang bersalin. Dengan pengambilan makanan yang sesuai semasa berpantang, mendapatkan bentuk tubuh tubuh yang ideal bukan mustahil lagi.

Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah mengandungi herba-herba tradisional seperti temulawak, lada pintal, herba kayu serapat dan tahi angin yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk mengembalikan kejelitaan wanita yang bersalin. 

Ia membantu:
• membantu mengecutkan rahim, membuang angin dan toksin serta menghilangkan bisa-bisa di dalam badan.
• merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak.
• mengurangkan sakit pinggang dan sakit urat.
• membantu mengurangkan berat badan.
• meningkatkan tenaga dalaman dan melancarkan kembali kitaran haid.

Kandungan Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah:
• Temulawak
• Lada pintal
• Herba kayu serapat
• Tahi angin

     Harga Pasaran : RM 58.00
     Harga Lynzbc  :  RM 50.00
     _____________________________________________



MINUMAN KESIHATAN GAMAT MANJAKANI
- ( Kod : Lynz anug 0021 )


Kembali cantik dan bertenaga selepas bersalin dengan Minuman Kesihatan Gamat Manjakani Anugerah.

Ibu-ibu bersalin sering mengalami bisa-bisa badan yang menyebabkan badan letih dan tidak bermaya. Oleh itu, pengambilan makanan yang sesuai semasa berpantang adalah penting untuk mengembalikan tenaga dan memulihkan rahim.
Minuman Kesihatan Gamat Manjakani Anugerah mengandungi herba-herba tradisional seperti manjakani, ekstrak gamat, daun salam, daun inai, senduduk, tongkat ali putih, hempedu bumi dan pati ikan haruan yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk mengembalikan tenaga wanita yang bersalin. 

Ia membantu:
• membantu mengembalikan tenaga selepas bersalin dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh.
• melancarkan peredaran darah dan menstabilkan paras gula di dalam darah.
• mengecutkan dan mengetatkan rahim.
• membantu menyembuhkan luka luaran dan dalaman akibat bersalin secara biasa atau pembedahan.
• dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T.
• dihasilkan daripada manjakani, ekstrak gamat dan daun salam.

Kandungan Minuman Kesihatan Gamat Manjakani Anugerah:

Tongkat Ali Putih
- meningkatkan stamina dan tenaga.
- melancarkan peredaran darah di dalam badan.
- menambahkan keupayaan tenaga dalaman.

Daun senduduk
- merawat luka luar dan dalaman
- digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim
- merawat lendir dan keputihan yang keluar dari faraj

Daun inai
- menyembuhkan luka
- mengurangkan masalah pendarahan.
- menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.
- merawat masalah haid wanita dan keputihan.

Hempedu bumi
- merawat luka
- memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat.
- sebagai pelawas pembuangan air besar dan mempercepatkan pembekuan darah.

Tapak sulaiman

Gamat 
- mengandungi kolagen yang dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman.
- juga berkesan untuk mencantikkan wajah agar kelihatan lebih anjal dan tegang.

Manjakani
- membantu memulihkan kedudukan rahim dan peranakan yang ‘jatuh’ selepas bersalin supaya tidak kembang dan cantik terletak. 
- Astringen yang terkandung di dalam manjakani ini berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj selepas bersalin. 

Daun salam 
- membantu merawat masalah keputihan serta berkesan untuk menghilangkan gatal-gatal dan bau yang tidak menyenangkan pada faraj.

     Harga Pasaran : RM 58.00
     Harga Lynzbc  : RM 50.00




 

7 comments: